Friday, September 2, 2011

KUCING COMEL...

Assalamualaikum...

cuba tgk gambar kucing tuh lama2...?
cuba tgk keadaan kucing tu sekarang..?
apa yang kita terfikir...?

Pastinya kita akan mengatakan dia dalam keadaan yang sedih...
mungkin dia sedang menghadapi masalah...
seperti kehilangan seseekor yang disayanginya atau sebagainya...

Sama juga seperti kita yang bergelar manusia...
banyak dugaan dan ujian yang Allah berikan kepada kita...
Itulah fitrah yang pasti akan berlaku kepada setiap orang...

Ingatlah...suatu hari nanti,
Pasti kita akan kehilangan kedua ibu bapa kita,
Pasti saat itu kita akan berasa sangat sedih...

Pasti kita akan berasa tidak lena tidur...
pasti suasana pada masa itu sangat sedih...
pasti kegembiraan itu sudah tiada lagi dalam diri kita...

Merekalah yang membesarkan kita...
Di saat kita selalu meraung..merekalah orang pertama,
orang pertama yang akan membantu kita...
yang mendengar rintihan anaknya...

Tetapi persoalkan semula...
pernahkah kita terfikir begini:-
"AKU INGIN MENJAGA KEDUA IBUBAPAKU SEMASA MEREKA SUDAH TUA"
"AKU INGIN MEMBALAS JASA MEREKA APABILA AKU SUDAH BEKERJA"
"AKU AKAN SENTIASA BERDAMPING DENGANNYA SEPERTI AKU MASIH KECIL DAHULU"

Namun, pada dunia yang moden ini,
banyak kes-kes anak yang sanggup membuang ibu bapanya,
mereka sanggup melupakan pengorbanan mereka,
sanggup meletakkan ibu bapa mereka di rumah orang tua...
Nauzubilah hi min zalikh...

Namun, bila kita mendengar berita kematian mereka
saat itulah baru pennyesalan datang...
penyesalan dengan hanya tangisan yang sia-sia...
tidak mempunyai apa2 faedah...
kerana MEREKA sudah meninggalkan kita buat selama-lamanya...
hanya doa yang mampu dilakukan...
hanya Al-Fatihah yang boleh disedekahkan...

Ingatlah wahai anak!!Sayangilah mereka selagi hayat mereka itu masih ada,
masih kita boleh melihat senyuman dan wajah mereka...,
masih kita boleh memeluk dan mencium mereka dengan kasih sayang...,
Masih kita boleh menjaga mereka...,
Masih boleh kita merasa tangan mereka yang telah banyak berbakti kepada kita,
Masih kita boleh meminta ampun kepadanya,
Masih kita boleh lagi menggembirakan hati mereka,
masih kita boleh melihat tangisan mereka terhadap kejayaan kita,
bukan sahaja di dunia tetapi diakhirat juga...
Insya-Allah...Amiin....







No comments:

Post a Comment