Saturday, September 5, 2009

MENCARI RAMDHAN YANG TERBAIK...

ASSALAMUALIKUM.........

Kaifa halukum ? Alhamdulillah kita dapat menjalani kehidupan sehingga sampai ke bulan ramadhan yang mulia ini. Yang terbayang di fikiran kita adalah lapar dan dahaga Sudah selama 2 minggu kita sudah berpuasa.Apa khabar agaknya puasa kita?Bagi golongan remaja , bulan puasa mungkin bukan bulan yang digemari.Yang terbayang di fikiran kita adalah lapar dan dahaga. Bertenanglah remaja semua , cubalah hayati semula pesanan Rasulullah, "Sesiapa yang bergembira dengan datangnya ramadhan, allah akn mengharamkan jasadnya daripada api neraka." (Riwayat Ibnu Majah). Begitulah satu daripada ribuan hadis yang menyebutkan tentang kelebihan bulan ramadhan yang ditempuh oleh seluruh umat islam dunia ketika ini.Usahlah rasa terbeban dengan bulan Ramadhan.Memang tidak dinafikan, kita menempuh puasa pada siang hari dalam tempoh yang agak panjang.Siang kita di sekolah, terlibat dalam pelbagai aktiviti.Malam hari kita pula barangkali terpaksa pergi ke masjid untuk berjemaah isyak dan solat terawih. Walaubagaimanapun, rasa terbeban dengan kedatangan ramadhan tidak boleh berpanjangan.Sebagai orang islam, puncak ibadat adalah taat terhadap perintah allah.Seorang muslim perlu bergembira dengan kedatangan Ramadhan kerana pintu-pintu syurga dibuka manakala pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pula dirantai.Ini peluang yang baik untuk mendapat ganjaran pahala dengan mudah. Mungkin juga kita terfikir, mengapakah ramai yang berpuasa tetapi masih melakukan maksiat seperti tidak solat, menipu ibu bapa, dan bercakap kasar? Tidak dinafikan, hasil puasa adalah takwa.Ini bertetpan dengan firman allah dalam surah al-baqarah ayat 183, yang bermaksud; "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kami puasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi golongan yang bertakwa. " Penghujung puasa adalah takwa, Untuk beroleh rasa takwa itu, kita perlu melalui proses pendidikan sepanjang bulan ramadhan.Sama seperti ibadat lain, dika sekadar dilkukan tanpa dihayati dan dilakukan secara berkualiti, maka kita tidak akan beroleh 'rasa' yang sebenarnya. Bulan Ramadhan dan amalan puasa adalah proses yang dapat mendidik jiwa kita menjadi diwa yang lebih baik.Ini juga bertetapan dngan pesanan Rasulullah dalam riwayat al-bukhari yang bermaksud: "Puasa itu adalah perisai, maka jaganlah orang yang berpuasa bercakap dengan perkara keji dan janganlah dia melakukan perbuatan orang jahil. " Ibadat puasa adalah rukun islam.Sebuah hadis qudsi daripada Nabi riwayat al-bukhari ada menyatakan, "...dia (orang yang berpuasa) meninggalkan makanan, minuman dan nafsu syahwatya kerana Daku.Puasa adalah bagiKu dan Aku yang akan memberi ganjaran dengannya..."

TIP MENDAPATKAN PUASA YANG MABRUR
(puasa yang berkualiti dan diterima oleh allah taala):
1)
Berpuasa penuh dan tidak meninggalkan puasa tanpa keuzuran yang dibenarkan syarak.
2)Menjaga akhlak perut, akhlak mata dan sebagainya. Akhlak perut merujuk kepada maenjaga pemakanan agar tidak mengambil makanan yang haram atau daripada sumber yang haram.Begitu juga semasa berbuka puasa, makanlah secara sederhana dan lebih bagus, m,engikut tertib Rasulullah dengan makan buah tamar dahulu.

3)Akhlak pergaullan mesti dijaga.

4)Memperbanyakkan amalan membaca al-quran dan berzikir Tadarus al-quran bukanlah sekadar menghabiskan bacaan sahaja.Selain dibaca untuk menghabiskan juzuk al-quran setiap hari, elok juga ada ayat yang difahami dan dikaji.

5)Mengambil peluang untuk solat tarawih.Seterusnya peluang sunah bersahur juga
digunakan untuk melakukan solat sunat tahajud dan sebagainya.

6)Berusaha memperbanyakkan ibadat di penghujung Ramadhan untuk mendapat lailatul Qadar.

Seperkara yang perlu remaja ambil peluang, kita mempunyai masa yang panjang pada siang hari kerana tiada waktu makan.. Oleh itu, ambillah peluang ini untuk kita membaca, menelaah pelajaran,dan melakukan perkara yang bermanfaat.Yang penting jadikan bulan Ramadhan satu
jambatan mencapai ketakwaan dan keredaan allah.

No comments:

Post a Comment