Monday, August 20, 2012

SELALU BERSANGKA BURUK??


Bismillahirrahmanirrahim....

Hmm....dah lama benor tk update blog ni....
mungkin kesibukan dalam menghadapi SPM yang tak lama lagi bakal tiba...
tpi, tahun ni pun raya tak seberapa...kerana memikirkan tentang hal ini...
Jadi harapan yang penuh kepada semua pembaca blog ini agar mendoakan saya dan juga rakan2 saya ang lain agar dipermudahkan untuk menghadapi peperiksaan ini dalam keadaan persediaan yang penuh dan cukup serta mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 11A+ dalam SPM ini...Insya-Allah...Amiin....

Sebenarnya, bukanlah nak berceloteh tentang SPM ni,...tapi nak berkogsi sedikit tentang cara-cara kita hendak mengawal penyakit sifat buruk yang mungkin seringkali banyak menimpa dalam hati-hati manusia iaitu  sifat'BERSANGKA BURUK'....hmm..
Kemungkinan besar kalau penyakit ini tidak diubati, ia akan memberikan banyak kesan-kesan yang buruk ke dalam diri kita...

Banyak orang kata yang hendak bersangka baik ini sangat susah...Tapi kenyataannya tidak susah pun KERANA??...


Di bawah ini terdapat beberapa tips yang diberikan oleh Syeikh Abdul Kadir kepada semua manusia terutamanya kita untuk bersangka baik terbaik setiap insan...

>Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkanlah dalam hatimu : "mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dari diriku"



>Jika bertemu dengan anak kecil, maka ucapkanlah dlm hatimu : "anak ini belum bermaksiat kpd Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku." 


>Jika engkau bertemu dengan orang tua, maka ucapkanlah dlm hatimu : "dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."


>Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka katakanlah dlm hatimu : "orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah ku capai, mengetahui apa yang ku ketahui, dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik baik dariku"

>Jika bertemu dengan seorang yg bodoh, maka katakanlah dlm hatimu : "org ini bermaksiat kpd Allah krn dia bodoh(tak tahu), sdangkan aku bermaksiat padaNya, padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. tentu dia lebih baik dariku." 


>Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah dalam hatimu : "aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk islam dan mengamalkannya. Dan mungkin boleh jd d akhir usia, diriku kufur dan berbuuat buruk" 

Jadi, apa tunggu-tunggu lagi...cubalah amalkan perkara-perkara ni..Insya-Allah, Allah akan permudahkan kerana Allah itu sangat suka orang yang hendak melakukan kebaikan ini terutamanya orang yang hendak berubah kepada kebaikan...Insya-Allah...Amiin...




SaHaBaT sEiMaN....


BISMILLAH....

Sahabatku seiman..
ku ibaratkan dirimu sekuntum bunga
mekar menguntum semerbak baunya,
membuatku ingin mendampingimu sentiasa...

Sahabatku seiman..
akhlak islami mu sungguh indah
subur dibajai dengan zikrullah dan tilawah
tutur kata mu adalah bicara tazkitah
membuat diriku berasa sangat bertuah
mempunyai sahabat sepertimu
ukhuwwah fillah..

Sahabatku seiman..
mutaba'ah mu sanagt aku kagumi
menjadi motivasi untuk diriku ini
tilawah satu juz sehari kau lazimi
matamu basah dalam tahajjud dinihari
sunnah baginda Rasulullah engkau usaha ikuti
mentadabbur al-Quran menjadi hobimu setiap hari..

Sahabatku seiman..
terima kasih di atas segala bimbingan
aku pasti takkan membiarkan dirimu keseorangan
menjadi teman setiamu di medan perjuangan
al-Quran dan as-Sunnah menjadi panduan
agar kita bisa meraih kejayaan
Islam kan gemilang dan dijulang
dan kita bisa meraih syurga yang dijanjikan..

*Jadilah seorang sahabat dan carilah seorang sahabat yang betul-betul hatinya terpaut dengan Allah...kerana dialah yang akan dapat memimpin dan membawa kita dalam mendaki puncak dalam mencari keredaan-Nya...

Tuesday, March 13, 2012

KEMATIAN NURUL NADIRAH...






Sanggup ke tengok anak sekecil Nadhirah yang baru berusia 5 tahun dan masih belum mengerti apa apa dibunuh dan dibakar kejam?!!!Hati siapa tak terdetik mendengar sekujur tubuh kecil dibunuh dan dibakar sehingga rentung . Hanya manusia bertopengkan syaitan tergamak melakukan perkara sedemikian. Adik Nurul Nadhirah Abdullah yang hilang selepas keluar membeli mee segera dan telur secara bersendirian di kedai berhampiran setelah disuruh ibunya disahkan mati ekoran penemuan mayat rentung di ladang kelapa sawit berhampiran .UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA NURUL NADHIRAH...Setiap kejadian pasti ada hikmah...Hanya Allah lah yang Maha Mengetahui dan berhak membalas segala kekejaman yang dilakukan ini...Allah bersam-sama orang yang sabar...Moga rohnya diletakkan di ntempat-tempat orang-orang yang berada pada kemuliaan-Nya di sana nanti...AL-FATIHAH...

Friday, February 3, 2012

SeGaLaNyA BeRmUlA DaRi AkU!



Aku rasa tak salah jika ada bencana alam yang melanda dunia, iyalah, bukan aku yang jadikan banjir, gempa bumi dan semua bencana.


Tapi sebenarnya salah aku kerana aku membuat maksiat, lalai dari mengingati yang bahawanya tugas aku sebagai khalifah di bumi Allah.



Aku rasa aku tak salah jika maksiat, zina, buang bayi berlaku tiap-tiap hari dan makin meningkat setiap masa, iyalah, bukan aku yang lakukan hal terkutuk itu. Aku buat kerja aku sahaja.



Tapi sebenarnya salah aku kerana aku tak mahu peduli tentang masyarakat. Tidak mahu menjadi contoh yang baik agar masyarakat beringat menjauhi maksiat. Aku sendiri banyak mengikut budaya-budaya barat



Aku rasa aku tak salah jika orang lain mengata buruk tentang aku, iyalah, mulut org kan. Payah nak tutup. Aku buat hal aku sudah.



Tapi sebenarnya aku salah kerana aku membiarkan orang lain berperangai buruk dan kerana sikap endah tak endah aku dan tidak mahu memaafkan, menasihati orang dan tidak menunjukkan kebaikan pada orang itu serta lari dari mendekati orang tersebut, membuat ramai yang lainnya terpalit dan terkena dengan kejahatan orang itu. Makin ramai orang yg merasa sakit hati kerana sikap 'ego' aku itu.



Aku rasa aku tak salah jika orang-orang Kafir memusuhi masyarakat Islam. Orang-orang kafir melakukan kekejaman ke atas orang Islam. Iyalah, memang dah dasar Kafir, memang jahat!





Tapi sebenarnya aku salah kerana aku sendiri yang tidak mahu berdakwah walaupun sekecil-kecil dakwah dan tidak pernah punya rasa untuk menunjukkan Islam itu baik kepada orang-orang Kafir.



Aku rasa aku tak salah jika kemiskinan melanda dunia. Iyalah, dah mereka miskin, siapa suruh tak belajar rajin-rajin, belajar tinggi-tinggi.



Tapi sebenarnya aku salah kerana aku sendiri sombong dan sangat berkira jika ingin menghulurkan bantuan kepada mereka. Aku sering memboroskan duit aku kepada hal-hal yang sia-sia dan tidak penting.



Aku rasa aku tak salah jika aku berkata tentang keburukan orang dan mengiyakan setiap keburukan orang lain yang diceritakan kepada ku. Iyalah, dah memang jahat, nak bela buat apa? Biarlah dia. Tak ada kena mengenapun dengan aku. Aku tak jahat macam dia.



Tapi sebenarnya aku salah kerana bermula dari aku, dan pertambahan aku sebagai orang-orang yang mengatakan dan mengiyakan keburukan orang tersebut, orang lain turut sama membenci orang itu. Semakin hari berkurangnya orang yang mendekati dia dan dia berasa tertekan dan membuatkan dia tidak mahu berubah dan sikapnya menjadi semakin buruk kerana tidak ada yang mahu menasihati dan menyayangi.



Aku rasa aku tak salah kerana tidak menutup aurat dan tidak menutup aurat dengan baik. Iyalah, aku tengok semua orang biasa sahaja buat macam itu. Tak ada apa-apa pun. Ia kan kebebasan berpakaian namanya.



Tapi aku salah kerana aku telah membuka peluang mata-mata gatal yang tidak mahu menjaga pandangan. Salah aku kerana kerana dari aku dan bertambahnya orang macam aku, telah menaikkan nafsu manusia yang selama ini teguh, lama-kelamaan meruntuh! Dari kerana aku, yang lain tertarik mengikut sikap tidak menutup aurat aku dan mereka menjadi mangsa nafsu buas manusia! Puncanya aku, kejamnya aku!



Aku rasa aku tak salah setiap masa.



Tapi sebenarnya aku salah lebih berganda-ganda setiap masa. Kerana aku tidak pernah ambil peduli. Pantaslah neraka yang sehina-hina tempat kembali jika aku masih tidak mahu berubah.



Astaghfirullah!





*Moga2 kita sama2 muhasabah diri kita balik dan memperbaiki diri kita untuk menjadi lebih baik lagi agar kita sedar bahawa selama ini kita tidak menyedari bahawa kita mempunyai sifat2 seperti yang terdapat di atas dan segera bertaubat...Pintu taubat masih lagi terbuka...Allah Maha Pengampun...